Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat
semua tetamu blog ini. Ruangan mutiara kata ini saya khaskan untuk
sahabat-sahabat berkongsi kata-kata hikmah yang bermanfaat untuk
dikongsi bersama pembaca-pembaca yang lain. Tak kiralah sama ada dalam
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, semua boleh. Mudah-mudahan kata-kata
hikmah ini dapat dijadikan nasihat, pedoman atau pembakar semangat
kepada kita. Insyaallah..
Saya izinkan sesiapa sahaja yang ingin copy
kata-kata mutiara ini untuk dikongsi bersama-sama rakan lain. Dan sila
ziarah lagi blog ini di lain masa.
Wassalamualaikum..
Nikmat paling manis apabila Allah
mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu
berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat
perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui
tautan hati..
Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya
tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air
mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin
menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa
pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah
cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)
Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..
Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di
genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah
kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..
Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika
keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di
hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..
Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan
kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan
susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap
ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat
sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan
berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba
Nya..
Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati
kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh,
jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..
Di mana sahaja ‘dia’ berada…pasti Islam kan agung semula..bila sahaja
‘dia’ berbicara pasti syaitan akan membencinya…bagaimana sahaja ‘dia’
memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga…untuk apa sahaja
tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya…nurnya takkan pernah malap..gemilang
sinaran menerangi insan di sekelilingnya..berkejalah untuk
Islam…bersabarlah demi Islam…menangislah untuk Islam..bergembiralah atas
kejayaan Islam..semoga kita adalah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan
agama..amin
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan
walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari
dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak
kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila
berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang
mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi
yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai
cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga
lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani
Dalam kita melangkah… Terkadang
diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis,
Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana…
Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN
yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga
tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman,
Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi
indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci
AL-QURAN
Kalau tidak kerana pemuda yang tetap hatinya dan binatang yang
melata, orang tua yang berlutut dan anak-anak yang menyusu, nescaya
tidak diturunkan atas kamu hujan itu mencurah-curah. Kamu tidak akan
ditolong kecuali disebabkan oleh orang lemah yang terdapat di kalangan
kamu. (Hadis riwayat Bukhari)
Kesabaran adalah suatu keperluan
dalam usaha menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh, memperjuangkan
kebenaran dan keadilan. Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah.
Oleh itu, ia sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi
hawa nafsu, musuh-musuh luar dan kesusahan lain. Begitu juga kesabaran
amat perlu dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan
semestinya mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat…
Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al
Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang
pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam
meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah.
Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan
mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa
hanya dapat dicapai dengan sabar.” (SAIDINA ABU BAKAR R.A)
Berkata Saidina Ali K.W. :
“Kelemahan adalah penyakit, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah
kekayaan, wara’ adalah perisai dan sebaik-baik teman ialah yang
mempunyai sifat redha”
Sabda Rasulullah “Aku menjamin dgn
sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan
perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat
di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan
aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan
akhlaknya” [HR Abu Dawud, disahihkan albani]
hati manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi
sifatnya. tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati.
hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya Allah sahaja yang
mampu mengusai hati manusia.. belajarlah ikhlas dalam setiap amalan yang
dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar